aku telah melihat beberapa perkara penting dalam hidup ini. perkara yang sering terjadi kepada manusia . perkara yang menjalinkan satu perhubungan . tapi , belum pasti kekal atau hanya sementara.
bagaimana seseorang itu boleh jatuh cinta? aneh , macam mana boleh rasa sayang, suka , cinta semua tuh ? dunia ini cantik kerana diwarnai dengan banyak cinta . tapi sayang , bukan semua cinta itu ialah ikhlas dari hati . sesetengah cakap , ''cinta ini kejam'' . tapi pada dasarnya ''cinta ini indah'' . sayangnya, manusia tidak pandai menilai . . tidak pandai menghargai . .
sebahagianya, manusia merana akibat cinta . cinta tidak buat manusia merana sama sekali . akan tetapi , manusia itu yang menyalahinya . cinta yang tak tahu dari mana ''datang'' nya dan cinta yang hadir atas ''kesempatan'' .
kadangkala , rasa suka, sayang , cinta tidak dapat diungkapkan . malahan menjadi satu teka teki untuk kita . kenapa sampai begitu sekali ya?
cinta juga tak pernah salah . cinta itu datang dari hati . kebenaran terletak disitu . akan tetapi , manusia membohongi diri . adapun tidak dapat membaca isi hati diri.
sungguhpun begitu , cinta yang ikhlas walau tidak dapat diungkap pasti terbongkar .
sejauh mana keberadaannya, pasti kata-kata akan terkeluar dengan sendirinya.

